Avent SCF355/00 User Manual Page 28

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 66
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 27
bahagian atas pemanas botol. Paras air yang tepat akan
menjamin prestasi pemanasan yang baik (Raj. 5).
4 Pilih tetapan yang dimahukan berdasarkan jumlah susu.
Lihat jadual rujukan pemanasan ekspres di akhir bab ini
untuk mengetahui tempoh pemanasan susu mengikut
tetapan yang dipilih (Raj. 6).
Nota: Kelajuan pemanasan susu bergantung pada jumlah
susu yang dipanaskan dan suhu awal susu, iaitu suhu bilik
(20°C) atau suhu peti sejuk (5°C).
5 Lampu jingga akan bernyala apabila anda memilih
tetapan. Ini menunjukkan bahawa pemanas botol telah
dihidupkan (Raj. 7).
Nota: Sewaktu pemanasan, susu akan menyebar dan
menjadi panas seluruhnya.
6 Semak jadual rujukan pemanasan ekspres untuk
mengetahui tempoh masa yang diperlukan untuk
memanaskan susu. Keluarkan botol dari pemanas botol
selepas waktu yang dinyatakan dalam jadual rujukan
pemanasan ekspres telah berlalu (Raj. 8).
Petua: Jika anda mendapati susu tidak cukup panas, anda
boleh meletakkan semula botol ke dalam perkakas untuk
memanaskannya lagi selama maksimum 30 saat. Ini akan
menjadikannya lebih panas tanpa menjadi terlampau
panas.
Awas: Jika anda membiarkan botol di dalam pemanas botol
lebih lama daripada masa yang dinyatakan dalam jadual
tetapan, susu akan menjadi terlampau panas.
Nota: Jika susu badan terlampau panas, nutrien dan
vitamin penting akan hilang.
7 Periksa suhu susu setiap kali sebelum memberikannya
kepada bayi anda. Goncang botol atau bekas simpanan
susu perlahan-lahan dan periksa suhu susu dengan
memercikkan beberapa titis susu pada bahagian dalam
pergelangan tangan anda. (Raj. 9).
BAHASA MELAYU30
Page view 27
1 2 ... 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 ... 65 66

Comments to this Manuals

No comments